Mitsubishi XPANDER Dijual Pada Harga RM91,369 - Macam Mana, OK Tak?
Selepas dibuka tempahan bulan lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan secara rasmi harga crossover tujuh tempat duduk baharunya, Mitsubishi XPANDER.
- Semenanjung Malaysia - RM91,369
- Sabah - RM92,526
- Sarawak - RM92,576
- Labuah - RM87,043
Harga di atas adalah atas jalan tidak termasuk insurans. Pada masa sama, harga itu turut menerima pengecualian cukai jualan (SST). Sejak dibuka tempahan pada 22 Oktober lalu, MMM menerima 2,000 tempahan bagi model XPANDER berkenaan.
Crossover tujuh tempat duduk ini menggunakan konsep reka bentuk hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi.
Luarannya, XPANDER didatangkan dengan Lampu Hadapan Bi-LED, berkedudukan blok Kristal LED dan Lampu Belakang LED iluminasi L. XPANDER baharu juga dilengkapi rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci.
Pemandu juga tidak perlu bimbang bila berlaku banjir kilat kerana paras tinggi lantai XPANDER ialah 205mm dan ia agak tinggi sebenarnya.
ARM menggunakan pelbagai kamera di sekeliling kenderaan bagi mewujudkan pandangan udara 360 darjah bagi membantu pemandu semasa meletak kereta. Sebagai tambahan kepada ketenangan semasa memandu, DVR merakam setiap detik atau insiden di hadapan kenderaan ketika bergerak.
Ia juga dilengkapi banyak ruang simpanan kotak simpanan pada lantai kargo dilengkapi lampu, poke sisi barisan duduk ketiga dan pemegang botol dan kotak konsol tengah dengan lampu untuk menyimpan segala barangan yang diperlukan untuk perjalanan hujung minggu yang sempurna.
Yang terakhir ialah XPANDER diperkenalkan dengan kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti tolok suhu penyejukan enjin, dan amaran bagi kawalan luncur atau bateri lemah di dalam kunci kereta.