Antarabangsa
Model JDM laris dalam acara bidaan, semua ‘rare’!
Laman Classic Car Auction pada 3 Ogos lalu melengkapkan bidaan lelongan sejumlah jentera dan berjaya mengumpul hasil jualan lebih £1.9 juta (anggaran RM9.7 juta).
Ia merangkumi 60 peratus jualan kenderaan daripada lebih 180 unit yang ditawarkan pada acara itu. Antara tarikan utama sudah semestinya model-model buatan Jepun, iaitu kereta berprestasi yang diminati ramai.
Mitsubishi Lancer Evo 2 Makkinen Editions berwarna merah ikonik mencatat harga jualan sebanyak £27,750 (RM141,057), manakala satu lagi model sama berwarna putih beralih tangan dengan harga £24,975 (RM126,952). Kedua-duanya model tahun 2000.
Klik untuk baca artikel di bawah:
Dua model Subaru iaitu Impreza P1 tahun 2001 merekodkan harga jualan £22,755 (RM115,634) manakala WRX STi Type RA Versi 5 LTD Edition berwarna biru keluaran 1999 pula meraih bidaan cuma £15,762 (RM80,098).
Lot 619 yang menempatkan Mazda RX-7 Sprint R Type-A 2003 mencatat harga jualan £41,625 (RM211,527).
Classic Car Auction akan mengadakan jualan seterusnya pada 5 Oktober nanti di Warwickshire Event Centre.