Antarabangsa

Modellista tawar kit badan Toyota C-HR

Erywan
04/11/2019
08:19 MYT
Sponsor Banner
Modellista tawar kit badan Toyota C-HR
Sejak kebelakangan ini, Toyota C-HR semakin mendapat perhatian syarikat-syarikat pengeluar komponen pasaran sekunder termasuk di Jepun.
Selamat untuk dikatakan bahawa firma Modellista di negara matahari terbit pernah menawarkan dua pilihan set kit badan bagi model crossover kompak itu sebelum ini.
Kini, firma sama muncul dengan dua pakej baharu untuk C-HR versi naik taraf. Kedua-dua pakej itu dinamakan sebagai Boost Impulse dan Elegant Ice menerusi laman web syarikat.
Bagaimanapun, sejauh mana pemilik C-HR menerima rekaan Modellista kali ini mungkin satu persoalan yang sukar untuk dijawab. Reka bentuk dan selera adalah berbeza bagi setiap individu.
Pakej Boost Impulse masih didatangkan dengan tona kuning. Ia membabitkan komponen seperti bampar hadapan, spoiler depan, skirt sisi, gril hadapan, kemasan dapra serta rim aluminium sebesar 19 inci.
Pembeli yang memilih pakej ini juga boleh mendapatkan skirt belakang dan spoiler belakang mengikut pilihan yang disediakan. Ada juga perumah cermin sisi dengan lampu LED dan juga pada bahagian bawah spoiler hadapan.
Bagi pemilih pakej kedua Modellista, Elegant Ice, pembeli akan menerima kit badan yang mengetengahkan salutan krom dan hitam pada sebahagian komponen.
Antaranya ilaha spoiler hadapan, skirt sisi, kemasan pintu, perumah cermin, dan muncung ekzos.
Sama seperti pakej pertama, anda boleh memilih tetapan kit belakang jentera termasuk spoiler. Bagi mereka yang mahu mendapatkan komponen secara berasingan, syarikat itu turut menawarkan jualan satu persatu.
Selain Modellista, Toyota Gazoo Racing juga ada menawarkan kit badan mereka. Namun, pilihan ada pada anda.
Sumber: Modellista
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar