Tempatan
Modenas Pulsar RS200 Hadir Warna Baharu, Harga Bermula RM9,999
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan pilihan warna dan reka bentuk grafik baru untuk motosikal ‘street bike’ mereka menerusi Modenas Pulsar RS200.
Modenas Pulsar RS200 pertama kali dilancarkan pada Mei 2017, sejak itu ia mendapat sambutan yang baik, dan dikenali sebagai motosikal 200cc yang berbaloi serta mampu milik.
Tiga warna baru yang diperkenalkan membabitkan Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red. Juga memberikan penampilan yang menarik untuk Modenas Pulsar RS200 adalah rim aloi putih, kemasan karbon di hadapan dan fender belakang, dan logo Pulsar di bahagian tempat duduk.
Skema warna dan grafik baru itu akan menjadi tarikan Modenas Pulsar RS200, bagi mereka yang ingin bertukar ke motosikal 'street bike'.
Modenas Pulsar RS200 dikuasakan oleh enjin DTS-i 4-lejang SOHC-4 injap dengan sejukan cecair, menghasilkan 24.5PS dan 18.6Nm tork.
Model itu turut dilengkapi ABS tunggal yang menggunakan cakera brek 300 mm di depan dan 230 mm di belakang,selain memiliki tangki bahan api mencecah sehingga 13 liter.
Selain itu, ia dilengkapi dengan penyerap teleskopik di bahagian hadapan, yang dilengkapi dengan anti geseran dan penyerap hentak Nitrox di bahagian belakang.
Harga jualan yang disyorkan untuk Modenas Pulsar RS200 2021 ini adalah RM9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan), harga yang sama dengan varian sebelumnya. Motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar MODENAS yang sah mulai 26 Mac 2021.