Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Watch

Modifikasi RM3.9 juta bagi Ford Mustang tahun 1965.

Public Anonymous User 05/05/2018 | 04:02 MYT
Satu juta dolar (anggaran RM3.9 juta) untuk membina kereta ini. Percaya ke?

Itu dikatakan wang yang dilabur untuk pembinaan semula sebuah Ford Mustang tahun 1965. Inilah model generasi pertama Mustang.

Jentera klasik ini adalah hasil binaan dan modifikasi oleh firma restorasi Timeless Kustoms yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Ia dibina secara serius dan setiap aspek serta sudut pandangan akan membuatkan fanatik Mustang ternganga.

Dinamakan sebagai Vicious Mustang, seni bergerak ini menerima dos modifikasi lebihan diluar mahupun dalaman.

Enjin digunakan ialah Ford Performance 5.2-liter Aluminator dan ditambah pengecas lampau (supercharger) Magnuson MP2300 TVS ketika pusingan seminit enjin (RPM) pada paras rendah.

Apabila jarum RPM semakin meningkat dengan peningkatan kelajuan pemanduan, sepasang pengecas turbo Precision akan memulakan tugas meningkatkan impak mampatan sekali gus menjayakan letupan lebih kuat dalam kebuk pembakaran.

Penukaran gear dibuat dengan menolak tombol kotak gear enam kelajuan sequential EMCO CG46. Jentera ini boleh menghamburkan kuasa lebih 1,000hp.

Jangan bimbang, kereta ini bukan dibina untuk kegunaan litar. Anda boleh memandu setiap hari ke pejabat.

Senarai komponen yang disumbat pada Vicious Mustang ini sememangnya panjang. Jika ingin mendalami dan mengkajinya, anda boleh berkunjung ke laman web Timeless Kustoms.

Ruang dalaman didominasi dengan warna merah menyala. Panel badan pula datangnya dari Dynacorn.

Fendar pula binaan kustom. Oh ya, peresap belakang dibina mirip pada model Ferrari F-430.

Kredit: Timeless Kustoms

;