Tempatan

Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nur Kondisi Baru Keluar Kilang, Bidaan Bermula RM1.88 juta

Erywan
07/07/2021
06:56 MYT
Sponsor Banner
Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nur Kondisi Baru Keluar Kilang, Bidaan Bermula RM1.88 juta
Luar biasa! Itulah boleh dikatakan buat Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nur ini yang mahu dijual secara bidaan di Jepun.
Ini kerana ia masih lagi kondisi baharu dan belum didaftar lagi, selain jarak pemanduan hanya 10km. Mungkin jarak itu dari kilang ke pusat pameran sahaja.
Biarpun sudah berumur 20 tahun, jentera ini masih lagi sempurna dan buat pengetahuan anda, versi V-Spec II Nur hanya dikeluarkan 718 unit, serta untuk warna putih hanya ada 159 unit.
Khazanah berharga dari Jepun itu dijual di Collection Car Auction bermula 5 sehingga Julai ini. Harga bidaan bermula Yen 50 Juta (RM1.88 juta).
Bagi harga kenderaan JDM terutama bagi model-model popular, ia boleh dikatakan agak mahal kerana ia mempunyai pemintaan yang tinggi.
Sama juga seperti Honda Civic EK9 Type R yang kami laporan pada Julai lalu selepas dijual lebih RM400,000.
Bagaimanapun, jentera ini bukannya Skyline GT-R biasa kerana ia adalah edisi terhad. Nama Nur yang diberikan itu kerana ia didatangkan enjin versi perlumbaan RB26DETT N1 dengan penggunaan komponen berprestasi membabitkan omboh, turbochargers dan banyak lagi. Siapa yang memilikinya, anda memang bertuah!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar