Tempatan

Pak Cik Shell Kongsi Betul Ke Isi Minyak Perlahan Boleh Dapat Lebih?

Erywan
18/03/2021
03:22 MYT
Sponsor Banner
Pak Cik Shell Kongsi Betul Ke Isi Minyak Perlahan Boleh Dapat Lebih?
Menerusi carian di Google memudahkan anda untuk mengetahui pelbagai perkara mahupun jawapan kepada persoalan.
Taip sahaja kata kunci utama pencarian keluarlah segala carian enjin tinggal saja pilih yang mana memenuhi pencarian anda. Cuma fakta atau auta hanya diketahui apabila anda sendiri mencuba atau mempercayainya. Begitu juga dalam soal penjimatan minyak.
Harga minyak pasaran yang tidak menentu setiap minggu tentunya ramai dalam kalangan pengguna ingin menjimatkan petrol, ada yang muncul dengan pelbagai teori pengisian minyak. Ada yang kata mengisi minyak dengan cepat akan menyebabkan kurangnya liter petrol yang anda dapat dan juga sebaliknya.
Menjawab persoalan yang sudah lama berlegar dalam kalangan pengguna tempatan, Pak Cik Shell memuat naik satu video di IGTV akaun instagram miliknya.
Buat pengetahuan anda, Pak Cik Shell ini sebenarnya Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.
Segmen Fakta atau Auta bersama kucing HeiHei itu memberi penerangan santai dan mudah difahami menerusi analogi isian minyak 10 liter dengan dua cara berbeza dalam satu bekas khas.
Video selama 1 minit 43 saat yang sudah mencapai tontonan 37,000 (sehingga artikel ini ditulis) menunjukkan seorang pekerja pam minyak mengisi minyak 10 liter ke dalam bekas dengan indikator liter secara perlahan dan laju. Hasil kedua-dua pendekatan menunjukkan isian minyak yang diperoleh tepat pada 10 liter tiada pengurangan.
Bagi memudahkan lagi pemahaman, Pak Cik Shell menunjukkan satu ‘uji kaji ringkas’ dengan menuang air dalam kuantiti separuh cawan Costa Coffee. Dengan menggunakan teknik menuang air dengan perlahan dan cepat, jumlah isipadu air dalam cawan tersebut tetap sama.
Menerusi video berkenaan diharapkan dapat menjawab anggapan pengguna selama ini bahawa tips mengisi minyak perlahan bakal memberi isi padu minyak tambahan adalah auta. Reaksi yang diberikan warga maya juga pelbagai dan lucu yang mana, ada antara mereka yang menyatakan hanya percaya isian minyak akan lebih banyak apabila harga petrol turun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar