Tempatan

Pengeluaran percubaan CKD sudah pun dijalankan untuk Proton X70

Erywan
12/06/2019
09:57 MYT
Sponsor Banner
Pengeluaran percubaan CKD sudah pun dijalankan untuk Proton X70
Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang PROTON di Tanjung Malim, Perak, akan bermula separuh kedua tahun ini.
Pengerusi PROTON , Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pihaknya berusaha keras untuk memastikan syarikat mampu mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Ini akan menjadi pencapaian yang luar biasa kerana dalam masa kurang dari dua tahun sejak perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely ditandatangani, syarikat sudah mencapai kejayaan penting dalam usaha bersama untuk mengembalikan PROTON ke kedudukannya yang semakin terkenal,” katanya sempena lawatan kerja Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei di kilang Tanjung Malim PROTON hari ini.
Kilang pemasangan baharu PROTON di Tanjung Malim yang bernilai RM1.2 billion semakin siap dibina, pengeluaran percubaan sudah pun dijalankan untuk Proton X70.
Semakan akhir, cat dan pemasangan masih dalam proses siap sepenuhnya tetapi meskipun masih baharu lagi, jurutera dan pekerja pengeluaran PROTON boleh menjalankan ujian atau percubaan secara semi automatik untuk mendapatkan pengalaman dalam memasang SUV itu.
Pada masa sama, majlis menandatangani perjanjian usaha sama turut diadakan antara PROTON Edar Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd, China.
Usaha sama baharu itu akan memberi manfaat kepada PROTON dalam pelbagai cara terutamanya bidang teknologi digital dan sistem sambungan kereta.
Penggunaan ciri-ciri ini dalam bidang sambungan kereta kini menjadi trend antarabangsa dan dijangka menjadi satu pemacu utama jualan automotif pada masa depan.
Ini menjadi antara sebab yang menginspirasikan PROTON untuk mengambil langkah berani melancarkan Proton X70 yang dilengkapi dengan ciri-ciri sambungan yang digunakan sebagai satu proposisi penjualan unik atau Unique Selling Propositions (USP).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024