Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Perodua D55L Lancar 3 March Dan Ini Tanggapan Pertama Selepas Memandunya

Erywan 24/02/2021 | 08:12 MYT

Perodua bakal melancarkan model SUV baharunya, D55L yang paling canggih setakat ini pada 3 March nanti. Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad selepas majlis prebiu dan pandu uji media tempatan.

Tanggapan Pertama D55L

Buat masa ini, penulis hanya dibenarkan untuk berkongsi pengalaman berhubung prestasinya. Dalam sesi pandu uji kira-kira 10 minit itu. Prestasi enjin 1.0 liter turbo benar-benar di luar jangkaan penulis kerana ia mampu memberi keupayaan yang cukup baik.

Sebaik menekan padel minyaknya, ia boleh dikatakan ringan seperti memandu Perodua Myvi 1.5 liter dan ketika laluan menaiki bukit, ia tidak seberat Perodua Aruz.

Ternyata enjin 1.0 liter tubro ini benar-benar membuat penulis rasa teruja. Malah ketika memecut pada kelajuan 130km/j, meter rpm pun hanya mencecah 3,000 dan itulah kelebihan transmisi CVT dengan tujuh kelajuan.

Pengendalian Dan Keselesaan

Dengan harga kurang RM80,000, jangan pula anda menganggapnya seperti pengendalian SUV ini seperti harga ratusan ribuan ringgit.

Bagi penulis, ia sebenarnya dan cukup ‘best’ dan ‘sempoi’ habis. Pengendaliannya ia tidak jauh seperti memandu Myvi, tetapi tidak terlalu membuai seperti Aruz. Sebenarnya ia sudah cukup untuk pemanduan biasa dan bukannya untuk memandunya di litar. Memang puas hati untuk memilikinya.

Buat masa ini, penulis dan rakan media lain tidak dibenarkan menyiarkan spesifikasi lengkap berhubung SUV itu. Bagi pandu uji sepenuhnya, kami akan siarkan pada majlis pelancarannya nanti. Sabar ya!
Ciri Keselamatan

Perodua D55L adalah model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*). Terdapat pada semua varian, ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa, dan mampu mengesan kenderaan dua-roda.
Turut terdapat pada semua varian adalah Lane Departure Warning and Prevention, manakala varian AV didatangkan dengan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Disebabkan ciri-ciri itu, Perodua D55L merupakan model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

Perodua D55L juga adalah kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend downsizing global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/l – terbaik dalam kelasnya.

Varian Dan Spesifikasi
D55L ditawarkan dengan tiga varian membabitkan X, H dan AV ditawarkan dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.
Lampu hadapan LED terdapat pada semua varian, manakala varian H dan AV dilengkapi dengan Adaptive Driving Beam, panel meter TFT 7-inci serta sistem infotainment skrin sesentuh 9-inci dengan voice recognition.

Varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue – varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.

Tiga warna terakhir adalah baharu buat Perodua. Varian AV boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red dan dua warna terakhir dengan bumbung hitam. Waranti lima tahun/150,000 km ditawarkan.

#Perodua
;