Tempatan

Petron lancar produk terbaharu ‘High-Temperature Protection’

Erywan
03/12/2019
03:32 MYT
Sponsor Banner
Petron lancar produk terbaharu ‘High-Temperature Protection’
Petron Malaysia memperluaskan rangkaian produk minyak enjin dan produk pelincir khusus, Petron High-Temperature Protection (HTP) termasuk minyak enjin, cecair transmisi automotif dan brek, selain minyak gear serta gris.
Bagi minyak enjin, Petron melancarkan Petron Blaze Racing HTP untuk rangkaian kuasa petrol dan Petron Rev-X Turbo HTP untuk diesel.
Dirumus khas dengan minyak asas berkualiti tinggi, Petron Blaze Racing HTP sintetik sepenuhnya menggunakan polyalphaolefin (PAO) sebagai minyak asas, menghasilkan pengoksidaan yang lebih baik dan kestabilan haba berbanding dengan minyak asas konvensional. Pada masa sama, ia dilengkapi dengan sistem aditif yang tinggi untuk memenuhi kriteria lebih sukar dan ketat bagi enjin petrol berprestasi tinggi.
Produk ini direka khas untuk melindungi enjin daripada kehausan dan hakisan bagi hayat enjin yang lebih lama, serta sudah diperakui spesifikasi dan memenuhi piawaian API SN, Kelulusan MB 229.5, Kelulusan MB 229.3 and Porsche A40.
Petron Rev-X Turbo HTP sintetik pula sepenuhnya disyorkan untuk enjin diesel ‘turbocharged' atau ‘supercharged' yang berkuasa tinggi. Ia juga dirumuskan dengan PAO untuk memberikan perlindungan enjin yang berpanjangan disebabkan oleh pengoksidaan dan kestabilan haba yang luar biasa, selain menghalang 'soot’ serta deposit ‘piston' silinder untuk kecekapan enjin.
Petron Rev-X Turbo HTP memenuhi piawaian APl CJ-4 I SN, MAN 3575, Cummins CES 20081, Kelulusan MB 228.31, Volvo VDS-4, dan Mack EO-O Premium Plus. Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy (tengah) berkata, Petron HTP dirumus khas untuk memberikan kebersihan enjin, kecekapan dan perlindungan lebih baik.
"Produk ini menggariskan hasrat kami untuk menyediakan solusi kepada minyak pelincir yang terbaik untuk pelanggan.
"Minyak enjin Petron HTP memenuhi kriteria yang paling ketat untuk enjin petrol dan diesel dengan memenuhi dan mengikut spesifikasi APl dan SAE,” katanya.
Untuk membeli rangkaian produk Petron HTP ini, ia boleh didapati di stesen minyak Petron terpilih di seluruh negara, kedai dalam talian Shopee dan bengkel Petron. Harga mengikut produk di Semenanjung Malaysia:
  • Blaze Racing HTP 0W-40 (4L) - RM265
  • Rev-X Turbo HTP 5W-40 (4L) - RM210
  • Petron ATF Premium HTP (1L) - RM37.60
  • Petron Brake Fluid HTP (0.25L) - RM10.90
  • Petron Grease HTP (0.5kg) - RM23.70
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar