Tempatan

Peugeot 3008 dan 5008 kini ditawarkan dengan promosi istimewa dan lebih berbaloi

Erywan
20/11/2019
03:23 MYT
Sponsor Banner
Peugeot 3008 dan 5008 kini ditawarkan dengan promosi istimewa dan lebih berbaloi
Sekiranya sedang mencari-cari SUV lima atau tujuh tempat duduk yang bergaya dan premium, Nasim Sdn Bhd ada tawaran sangat menarik untuk anda menerusi model Peugeot 3008 dan 5008.
Ini kerana, syarikat berkenaan menawarkan sehingga RM10,000 tambahan untuk nilai kenderaan pelanggan yang sekarang untuk trade-in dan memandu pulang SUV itu. Namun, anda perlu cepat kerana promosi itu sah sehingga 31 Disember ini sahaja. Pada masa sama, pembeli Peugeot 3008 atau 5008 SUV Plus akan menikmati servis percuma tiga tahun termasuk alat ganti dan upah. Terdapat juga pembiayaan istimewa disediakan oleh Affin Bank yang membolehkan pelanggan memiliki SUV-SUV ini dari serendah RM1,300 sebulan!
Dari segi prestasinya, Peugeot 3008 dan 5008 berkongsi enjin 1.6-liter Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan 167PS dan 240Nm tork. Kedua-dua model juga menampilkan rekaan Peugeot i-Cockpit yang futuristik.
Peugeot 3008 SUV menerima anugerah Car of the Year 2017 di Geneva, menjadikannya Peugeot kelima memenangi anugerah itu dan SUV pertama diberi penghormatan merangkul COTY. Peugeot 5008 juga tidak kurang popularnya, memenangi pelbagai anugerah kerana ruang dalamannya yang luas dan rekaan bergaya.
Semua model Peugeot hadir dengan jaminan 5-Years Peace Of Mind Warranty atau 120,000km serta servis 24-hour Peugeot Assistance. Malah pemiliknya berpeluang menggunakan Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar