Antarabangsa
Peugeot 3008 Versi 2020 Banyak Benda Baharu
Kenderaan utilti sukan (SUV), Peugeot 3008 versi 2020 menerima pembaharuan yang menarik selepas dilancarkan pada peringkat global baru-baru ini.
Ia kini tampil imej yang lebih segar, padat dengan teknologi dan didatangkan dengan pilihan rangkaian kuasa petrol, diesel serta plug-in hybrid.
Dari segi luarannya, pembaharuan boleh dilihat menerusi:
- Rekaan gril tanpa bingkai yang menampakkan lampu LED berada sekali di dalamnya, selain dipadankan lampu siang seperti taring.
- Lampu LED belakang nampak masih sama dengan 3008 seperti sebelum ini, dengan rekaan ‘3D claws’.
- Rimnya juga didatangkan rekaan baharu dengan bentuk bertatahkan berlian “San Francisco” 19-inci.
- Bagi varian GT dan GT Pack, versi itu akan menerima lampu dengan fungsi belok.
Dalaman juga menerima sedikit pembaharuan membabitkan:
- Bagi versi 2020 ini, Peugeot 3008 dilengkapi i-Cockpit baharu dengan skrin instrumen 12.3 inci di depan pemandu.
- Skrin pada papan pemuka bersai 10 inci berfungsi sebagai infotainmen yang boleh disambung menggunakan Apple CarPlay serta Android Auto.
- Tempat duduk dan kemasan papan pemuka boleh dipilih dengan pilihan kombinasi kulit Red Nappa, Black PET/Alcantara dan Mistral Nappa serta elemen Dark Lime Wood untuk GT dan GT Pack.
Lebih banyak pilihan enjin mengikut kemahuan pemiliknya seperti:
- Enjin petrol 1.2-liter 3-silinder PureTech 130 yang menyalurkan 130hp dan tork setinggi 230Nm dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.
- Enjin petrol 1.6-liter 4-silinder PureTech 180 dengan menghasilkan 180hp dan mencecah 250Nm) yang dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan.
- Enjin diesel 1.5-liter BlueHDi yang menjana 130hp dan 300Nm, dengan kombinasi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.
- Hybrid 225 yang mana ia menggunakan enjin 1.6-liter PureTech 180 yang digabungkan dengan motor elektrik 80kW (110hp), menghasilkan 225hp dan 360Nm .
- Hybrid4 300 pula menggunakan enjin 1.6-liter PureTech 180 dengan dua motor elektrik untuk menghasilkan 300hp dan 520Nm.
Peugeot 3008 versi 2020 itu juga padat dengan teknologi terkini untuk kemudahan dan keselesaan pemanduan membabitkan:
- Night Vision yang mengesan pejalan kaki dan haiwan
- Adaptive Cruise Control
- Visiopark 1 dengan kamera 180-darjah
- Visiopark 2 dengan kamera depan dan belakang 360-darjah
- Park Assist
- Amaran aktif tersasar lorong
- Driver Warning Alert
- Kawalan lampu tinggi automatik
- Pengecaman papan tanda
- Active Blind Spot Monitoring
- Advanced Grip Control
- Hill-Assist Descent Control