Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Piaggio Vietnam lancar skuter Liberty 50 berharga RM7.4k

Erywan 30/04/2020 | 04:51 MYT

Piaggio Vietnam meluaskan rangkaian produk skuter Liberty dengan melancarkan model baharu berkapasiti 50cc, dikenali sebagai Liberty 50.

Skuter yang memiliki reka bentuk moden dengan gaya mewah ini didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan hitam. Harganya ialah 39.9 juta dong Vietnam (RM7,384).
Liberty 50 ini disasarkan kepada golongan pelajar, suri rumah atau mereka yang mahu menunggang tetapi tidak memiliki lesen sah di Vietnam.
Ukuran panjang skuter ini ialah 1,958 milimeter (mm) dengan lebar 695mm. Jarak roda Liberty 50 pula adalah 1,359mm. Roda hadapan berukuran 16 inci manakala rim belakang ialah 14 inci.
Lampu hadapan skuter ini menggunakan mentol halogen, jika dikenakan set lampu lampu LED dengan DRL, ia pasti lebih menarik. Lampu signal pula bersaiz kompak dengan kemasan krom pada panel hadapan menjadikan skuter ini kelihatan lebih kemas.
Roda depan menggunakan brek cakera tunggal 240mm dengan angkup dwiomboh Nissin. Fork pula jenis teleskopik dengan travel 76mm.
Piaggio menyatakan ketinggian pelana adalah tidak lebih 790mm iaitu sesuai untuk penunggang di Vietnam Di bawah pelana, ada ruang simpanan barang yang boleh menempatkan helmet separuh atau tiga perempat.
Liberty 50 menggunakan enjin silinder tunggal iGet, 3 injap berkapasiti 49.9cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 3.2hp pada 7,500rpm dengan tork maksimum 3.2Nm pada 7,000rpm.

;