Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Pininfarina Ditugaskan Reka Bentuk Trak Pikap Baharu Untuk Hercules Electric Vehicles

Erywan 12/07/2021 | 04:03 MYT

Sejak kebelakangan ini, sudah ada beberapa pengeluar automotif global mula menawarkan segmen trak pikap elektrik seperti Ford F-150 Lighting dan Tesla Cybertruck.

Secara tidak langsung, ia membuktikan permintaan segmen itu dengan menggunakan kuasa motor elektrik akan diterima lebih ramai lagi pada masa akan datang.
Justeru itu, Hercules Electric Vehicles (HEV) yang berpangkalan di Detroit, Amerika Syarikat selaku sebuah syarikat baharu dalam pengeluar kenderaan elektrik sedang giat untuk memenuhi dalam segmen berkenaan.
Biarpun masih lagi baru, HEV mahu menghasilkan jentera yang cantik sehingga mereka menjalin kerjasama dengan pereka terkemuka iaitu Pininfarina untuk menghasilkan trak pikap elektrik yang dipanggil Alpha.
Keupayaan Pininfarina sebenarnya tidak boleh disangkal lagi, kerana mereka sememang pakar menghasilkan jentera yang cantik. Lagi pun pelanggan mereka sebelum ini terdiri daripada Ferrari, Alfa Romeo, Peugeot, Fiat, GM dan Maserati.
Hercules mendakwa trak pikapnya yang mempunyai 1,000hp itu akan mula dijual pada tahun hadapan. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada trak ini akan menjadi realiti atau tidak. Sekiranya berlaku, pasti Pininfarina akan menghasilkan reka bentuk pikap trak yang hebat.

;