Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

PKP: Beli Volkswagen Dalam Talian Lebih Banyak Potongan - Vokswagen eShowroom dan Lazada

Erywan 01/04/2020 | 06:30 MYT

Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) melancarkan pusat pameran dalam talian bagi memudahkan masyarakat membeli model Volkswagen di negara ini.

Ia dilancarkan selepas Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana semua pengedar Volkswagen di seluruh negara tutup bagi menjaga keselamatan pelanggan dan kakitangan.
Konsep pembelian dalam talian itu, ia memudahkan pelanggan mendapat maklumat di hujung jari sahaja. Vokswagen eShowroom turut menawarkan potongan istimewa dalam pembelian dalam talian. Pada masa sama, tawaran eksklusif itu juga boleh didapati di Lazada.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, keselamatan pelanggan dan pekerja adalah keutamaan syarikatnya dan masing-masing perlu memainkan peranan dalam mengatasi pandemik global itu.
“Volkswagen eShowroom yang dilancarkan ini memberi tawarkan kepada pelanggan kami penyelesaian alternatif bagi mereka yang masih berminat untuk membeli Volkswagen ketika PKP ini.
“Dengan tawaran menarik, kami percaya ia akan memudahkan proses pembelian itu,” katanya.
Untuk bulan April, eShowroom Volkswagen dan Lazada menawarkan penjimatan tambahan dan tawaran yang lebih besar mengenai model-model seperti yang disenaraikan di bawah:

;