Antarabangsa

Porsche 911 Targa Gabungan Bumbung Kaca Dan Fabrik Yang Boleh Dibuka 19 saat.

Erywan
02/06/2020
06:20 MYT
Sponsor Banner
Porsche 911 Targa Gabungan Bumbung Kaca Dan Fabrik Yang Boleh Dibuka 19 saat.
Porsche memperkenalkan 911 Targa, yang merupakan versi ketiga bagi model generasi 992 selepas Coupe dan Convertible.
Diperkenalkan buat pertama kali pada 1965, Targa menampilkan gabungan bumbung kaca dan fabrik yang boleh dibuka dalam masa 19 saat. Bagaimanapun, tidak seperti model Convertible, hanya bahagian fabrik itu akan dibuka dan disimpan di bahagian belakang.
Bumbung kaca terbabit akan terus berada di tempatnya sekali gus mengekalkan garis bumbung 911 yang ikonik.
911 Targa ditawarkan dalam versi 4 dan 4S. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter enam silinder yang menghasilkan 385PS dan 450Nm bagi versi 4, dan 450PS dan 530Nm bagi versi 4S.
Transmisi automatik (PDK) lapan kelajuan didatangkan secara standard namun Targa 4S boleh dipesan dengan transmisi manual tujuh kelajuan yang dilancarkan baru-baru ini, bersekali dengan pakej Sport Chrono.
Dari segi prestasi, Targa 4 boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 289km/j. Sementara itu, Targa 4S pula memerlukan 3.6 saat untuk melakukan pecutan tersebut dan boleh dipandu pada kelajuan sehingga 304km/j.
Ciri-ciri lain yang disertakan pada 911 Targa termasuk Porsche Active Suspension Management (PASM) dengan peredam adaptif, Porsche Torque Vectoring (PTV) dan Wet Mode. Sistem pacuan semua roda telah dinaik taraf dengan sejukan air untuk ‘differential’ pada gandar hadapan, serta klac yang diperkukuhkan.
Turut disertakan adalah Porsche InnoDrive yang merupakan penambahan kepada ciri Adaptive Cruise Control sedia ada dan sistem Smartlift yang berfungsi dengan mengangkat bahagian hadapan kereta setinggi 40mm.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar