Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Porsche Mission R Memiliki 1,088PS, Konsep Jentera Lumba Elektrik Masa Depan

Erywan 07/09/2021 | 04:02 MYT

Sempena acara IAA di Munich, Jerman, Porsche mempamerkan model konsep jentera lumba berkuasa elektrik menerusi Porsche Mission R.

Porsche Mission R itu mengunakan motor elektrik berkembar yang mana gandar hadapan menampilkan motor berkuasa 435 PS, manakala 653 PS untuk belakang.
Jadi secara keseluruhan, Porsche Mission R mempunyai kombinasi kuasa setinggi 1,088PS dengan mampu memecut 0-100km/j dalam tempoh kurang 2.5 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 300km/j.
Di litar, kerete elektrik itu mencapai masa pusingan terpantas sama seperti model Porsche 911 GT3 Cup. Selain itu, ia memiliki sistem penyejukan minyak inovatif bagi mengelakkan output bateri berkurangan disebabkan kondisi haba.
Porsche Mission R juga turut menampilkan sistem Aerodinamik Aktif Porsche (PAA) dengan sistem pengurangan seretan (DRS) pada bahagian hadapan dan sayap belakang.
Binaan badan jentera ini lebih fokus kepada kelestarian serta pengurangan pelepasan CO2, yang mana majoritinya dibina menggunakan plastik bertetulang gentian semula jadi (NFRP).
Ia boleh dilihat pada bahagian lip spoiler depan, diffuser dan skirt sisi, selain panel pintu pintu dalaman serta kerusi.
Dari segi dimensi, Porsche Mission R memiliki panjang 4,326 milimeter dan ia sedikit pendek berbanding 718 Cayman, tetapi ia lebih lebar berukuran 1,990 mm dengan ketinggian 1,190 mm.

;