Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Tempatan

Porsche Taycan Cross Turismo, Kenderaan Elekrtik Pertama Jenama Itu Untuk Pemanduan ‘Off-Road’

Erywan 05/03/2021 | 05:56 MYT

Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche memperluaskan rangkaian kenderaan elektriknya menerusi Taycan Cross Turismo iaitu varian yang sesuai untuk pemanduan off-road. Model berkenaan dibina berasaskan konsep Mission E Cross Turismo yang mula dipertontonkan pada Geneva International Motor Show 2018.

Berbanding Taycan biasa, varian Cross Turismo mempunyai lebih 47 milimeter (mm) ruang kepala untuk penumpang belakang dan memiliki lebih 1,200 kapasiti ruang kargo. Bagi ruang dalamannya, ia boleh dikatakan mengambil rekaan Taycan sedan dengan paparan infotainmen 10.9-inci di tengah. Pada masa sama, varian baharu itu juga mempunyai kemasan pada gerbang roda, bampar depan, belakang dan sisi unik. Dengan pakej Off-Road Design, ia juga mendapat flap khas pada bucu bampar depan dan belakang.
Bagi sesuai dengan aktiviti lasak, Taycan Cross Turismo turut ditawarkan aksesori eBike Sport dan eBike Cross iaitu dua basikal khas yang padan dengan kereta ini. Satu lagi aksesori ialah high speed roof box, sesuai untuk dipandu sehingga 200km/j.
Taycan Cross Turismo juga mempunyai mod baharu iaitu pemanduan Gravel. Mod itu akan menambah ketinggian kenderaan sehingga 30mm untuk pemanduan di jalan lasak. Dalam mod itu juga, sistem seperti PASM, PTM (Porsche Traction Management), PTV+ (Porsche Torque Vectoring Plus) dan PSM (Porsche Stability Management) akan ditala khas untuk pemanduan off-road.
Taycan Cross Turismo dipacu oleh sistem dua motor elektrik, satu di gandar depan, satu lagi di belakang. Kedua-dua motor ini bekerja serentak bersama dengan transmisi dua-kelajuan. Kuasa dibekalkan oleh pek bateri 800 volt, dimana Performance Battery Plus mengandungi 396 sel kesemuanya, memberikan kapasiti 93.4kWh.
Bagi memberi pelbagai pilihan, Taycan Cross Turismo itu ditawarkan dengan empat varian membabitkan.

Bagi pasaran Malaysia, Taycan Cross Turismo dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini. Namun, pra-tempahan sudah pun boleh dibuat di semua Pusat Pameran Porsche seluruh negara. Buat masa ini, tiada lagi pengumuman harga rasmi untuk pasaran Malaysia.

;