Tempatan

Pos Laju Perkenal Platform Online Perbaharui Insurans

Erywan
16/02/2021
05:16 MYT
Sponsor Banner
Pos Laju Perkenal Platform Online Perbaharui Insurans
Pos Malaysia memperkenalkan platform insurans atas talian buat pelanggan yang mahu memperbaharui insurans kenderaan bermotor mereka pada bila-bila masa.
Untuk menggunakan aplikasi itu pelanggan hanya perlu:
1. Mengisi nombor kad pengenalan
2. Mengisi nombor pendaftaran kenderaan
3. Mengisi maklumat lain yang diperlukan bagi mendapatkan sebut harga insurans
Kemudian pelanggan akan menerima polisi insurans menerusi E-mel selepas pembayaran dibuat secara atas talian.
Aplikasi mudah alih Pos Malaysia boleh dimuat turun daripada Google Play Store (Android), Apple App Store (iOS) dan Huawei AppGallery sementara untuk pengguna sedia ada mereka perlu mengemaskini versi terkini Aplikasi Pos Mobile untuk mula menggunakan perkhidmatan e-insurans.
Sehingga kini, Pos Malaysia mempunyai hampir 400,000 pengguna aktif di kedua-dua platform Android dan iOS yang melakukan transaksi melalui aplikasi mudah alih.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar