Antarabangsa

Potong Komponen Volkswagen Beetle Type-1 Untuk Hasil Go-Kart

Erywan
02/09/2020
02:47 MYT
Sponsor Banner
Potong Komponen Volkswagen Beetle Type-1 Untuk Hasil Go-Kart
Volkswagen Beetle atau popular dengan panggilan Bug ialah kereta ikon yang dicintai jutaan peminat sejak tahun 1940-an. Ramai yang tidak sanggup memotong kereta jika ia masih boleh dipandu walaupun keadaannya agak ‘nazak'.
Lain pula kisahnya apabila sekumpulan pereka dari Aldekas Studio di Mexico, mereka membentangkan satu idea luar biasa iaitu mengambil komponen badan Bug untuk membentuk satu kart mini (atau Go-Kart).
Perlu ditekankan bahawa, belum ada satu binaan fizikal tetapi sekadar gambar ilustrasi komputer. Secara jujur, hasil gambar go-kart konsep ini memang nampak macam model sebenar.
Aldekas Studio memanggilnya sebagai Bugkart Wasowski. Kenderaan empat roda ini dihasilkan dengan meminjam beberapa komponen daripada Bug Type 1 keluaran Volkswagen. Ini membabitkan fender, lampu utama, lampu signal belok, cermin pandang sisi, lampu belakang dan disalut warna hijau buah zaitun sama seperti Bug asal.
Go-kart ini menggunakan bar hendal seperti basikal jipang dengan tempat duduk seakan basikal tua Raleigh yang dibalut material kulit berwarna koko. Pemegang hendal dan pendikit minyak juga berwarna koko.
Kenderaan bersaiz kecil ini mempunyai empat muncung ekzos dan menggunakan brek cakera yang diikat pada frem casis untuk menghentikan pergerakan roda belakang. Enjin go-kart ini kelihatan seperti konfigurasi boxer seperti yang lazim digunakan pengeluar kenderaan Subaru.
Jika mahu membina go-kart seperti ini, pemilihan enjin dan kotak gear perlu diberi penekanan agar orang dewasa mampu menikmati keseronokan tunggangan kerana harganya sudah pasti agak mahal.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar