Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Proton Bakal Lancar Iriz, Saga, Persona Dan Exora Edisi Istimewa Khamis Ini.

Erywan 16/02/2021 | 07:01 MYT

PROTON akan memperkenalkan model Edisi Istimewa membabitkan Iriz, Saga, Persona, dan Exora secara maya pada Khamis ini jam 11 pagi.

Model berkenaan dipertingkatkan lagi dengan unsur reka bentuk unik pada dalaman dan luaran bagi memenuhi kehendak pelanggan dan sesuai bagi kebanyakan gaya hidup; pemilik kereta-kereta ini akan lebih menonjol tanpa ragu dikhayalak ramai.
Pada masa sama, pelanggan juga boleh membuat tempahan bagi model Edisi Istimewa ini pada tarikh dan waktu yang sama.
Model-model Edisi Istimewa ini menawarkan tahap yang sama bagi keselesaan, keselamatan dan pengendalian yang ada pada setiap model standard, selain dipertingkatkan dalam aspek estetik.
Pada 9 Julai tahun lalu, PROTON telah melancarkan Proton Saga Edisi Ulang Tahun bersempena dengan ulang tahun ke-35.
Namun, ianya masih tidak dapat dijangka apabila kesemua 1,100 unit kereta Proton Saga Edisi Ulang Tahun terjual dalam masa lima hari selepas pelancarannya.
Untuk mengetahui lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Facebook PROTON, ProtonCarsOfficial (https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial), untuk menyaksikan sendiri perasmian model Edisi Istimewa itu.

#Proton
;