Antarabangsa

PROTON Sentiasa Menjaga Kesihatan Pelanggan dan Perniagaannya

Erywan
01/07/2020
03:00 MYT
Sponsor Banner
PROTON Sentiasa Menjaga Kesihatan Pelanggan dan Perniagaannya
Oleh kerana kehidupan kita perlahan-lahan mendapat momentum dengan PKP Pemulihan, adalah wajar jika kita lebih peka akan kebersihan persekitaran kita terutamanya di tempat kerja, di mana kita meluangkan sebahagian besar daripada masa kita.
Sehubungan dengan itu, PROTON baru-baru ini melancarkan PROTON Intelligent Air Purification System (P-IAPS), yang akan memastikan pemilik Proton X70 dapat bernafas dengan senang ketika memandu seharian.
Apa itu P-IAPS?
P-IAPS tersedia sebagai peralatan standard pada 2020 Proton X70 dan terdiri daripada ‘Air Purifier System’ dan Penapis Kabin N95, yang merupakan peningkatan daripada penapis debu dan debunga seperti sebelum ini. Penapis Kabin N95 memenuhi jangkaan dengan mengeluarkan 95% zarah yang lebih besar daripada 0.3µm (mikron).
Sistem Pembersih Udara terdiri daripada tiga komponen - pengion, penapis HEPA dan karbon aktif. Pengion ini mengeluarkan ion negatif untuk membersihkan habuk, alergen dan juga bakteria. Penapis HEPA, sebaliknya, menghilangkan 99.97% zarah yang lebih besar daripada 0.3µm (mikron), manakala karbon aktif membantu menghilangkan bau dan formaldehid serta mensterilkan, menyerap dan membersihkan zarah asap di dalam kabin.
Bagaimana jika saya sudah memiliki X70?
Sekiranya anda sudah pun memilik sebuah Proton X70, anda boleh menaik taraf penapis habuk dan debunga ke Penapis Kabin N95 dengan harga RM79 (tidak termasuk caj buruh) melalui janji temu pemasangan.
Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat janji temu di talian https://www.proton.com/en/after-sales/service-booking atau melalui aplikasi mudah alih MyProton dan terus mengunjungi Pusat Servis PROTON pilihan anda untuk pemasangan penapis. Kempen Servis dijadualkan untuk berjalan mulai sekarang hingga 18 Ogos 2020 di mana diskaun 15 peratus pada harga penapis akan ditawarkan kepada semua pemilik Proton X70.
Untuk keselamatan pelanggan di Pusat Jualan Dan Pusat Servis PROTON
Untuk memastikan keselamatan pelanggan, PROTON menetapkan beberapa langkah dan prosedur pencegahan untuk memberikan pengalaman yang selamat dan tenang kepada pelanggan ketika mengunjungi Pusat Jualan dan Pusat Servis.
Sebagai permulaan, prosedur pembasmian kuman akan dilakukan sebanyak tiga kali sehari mengikut keperluan pihak berkuasa dan bagi memastikan premis itu selamat untuk semua orang. Kakitangan juga akan memastikan jarak sosial dengan meletakkan penanda dan label bagi tempat duduk alternatif dan jarak selang satu meter dalam barisan.
Ketika anda memasuki premis untuk pertama kali, suhu badan anda akan diimbas, dan anda akan diminta untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan pelanggan. Kemudian sanitasikan tangan anda sebelum meneruskan pengaturan perkhidmatan anda.
Setelah urusan servis selesai, pasukan teknikal akan membasmi kuman kereta anda sebelum mengembalikannya. Semua permukaan dalaman menggunakan pembasmi kuman, perkara yang sama juga dilakukan pada kereta yang diservis, dan juga setiap kereta baru. Malah, unit kereta paparan di bilik pameran PROTON juga dilakukan perkara yang sama.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024