Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Prototaip BMW 850i Convertible (E31), Dari Projek Dibatalkan Ke Realiti

Erywan 10/06/2021 | 08:16 MYT

E31 8 Series adalah satu daripada model paling unik pernah dihasilkan oleh BMW menerusi dari segi reka bentuk badan, teknologi termaju dan menggunakan enjin V12.

Bagaimanapun popularitinya seperti 8 Series yang asli, namun BMW tidak pernah menjual versi convertible. Menariknya, perancangan awal pengeluar kenderaan Jerman itu untuk melancarkan 8-Series convertible yang dinamakan sebagai 850i Cabro tidak pernah tercapai.
Sayangnya, walaupun pembangunan penuh sudah siap untuk memasuki barisan pengeluaran, model terbabit terbiar begitu sahaja kerana bimbang tidak dapat pulang modal kos pembangunan. Bagaimanapun versi prototaip GT itu masih boleh ditemukan di Muzium BMW di Munich.
Biarpun BMW tidak melakukannya, ia tidak bermakna orang lain tidak dapat melaksanakannya. Ini yang dilakukan oleh SGS Monte Carlo dengan menghasilkan sebuah 8-Series convertible.
Garaj berkenaan menghasilkan 850i dengan ciri bumbung fabrik automatik, sensor hujan bahkan menyediakan hard top untuk musim sejuk. Jentera itu menggunakan kemasan warna badan hitam ringkas yang turut dilengkapi rim OEM BMW Style 9.
Pada bahagian kabin tersedia kemasan kulit hitam standard dan di konsol tengah menunjukkan kereta berkenaan menggunakan transmisi automatik. Kerusi bahagian belakang pula digantikan dengan para untuk ruangan simpanan tambahan dan lebih fleksibel.

#BMW
;