Antarabangsa

Pusat Servis Volkswagen Mula Dibuka, Amalkan Garis Panduan Tanpa Sentuhan

Erywan
05/05/2020
04:16 MYT
Sponsor Banner
Pusat Servis Volkswagen Mula Dibuka, Amalkan Garis Panduan Tanpa Sentuhan
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Volkswagen Passenger Cars Malaysia memulakan operasi pusat servis sepenuhnya baru-baru ini.
Bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengedar Volkswagen di seluruh negara menerapkan kempen Safe Hands untuk keselamatan kepada pelanggan dan pekerja.
Ia adalah garis panduan untuk penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, percakapan menerusi video, pembersihan sebelum dan selepas pembaikan dan pembayaran tanpa tunai dengan e-invois ketika mengambil kereta.
Selain itu, pengedar terpilih menawarkan perkhidmatan pick-up dan drop-off kenderaan. Pada masa sama, servis hanya dibenarkan bagi mereka yang membuat temujanji sahaja.
Sementara itu, Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024