Renault Subscription - Nikmati cara baru untuk pandu Captur dan Koleos bermula RM43 sehari
Pertama kalinya di Malaysia, pengguna boleh menikmati cara baru mobiliti menerusi pengenalan program Renault Subscription.
Menawarkan kebebasan dan fleksibiliti, Renault Subscription membolehkan pelanggan untuk bebas daripada tempoh pinjaman yang panjang, diikat oleh institusi kewangan dan kebimbangan terhadap penyusutan nilai kenderaan dengan bayaran serendah RM43 sehari.
Program itu membolehkan anda memandu dua model utama Renault membabitkan Renault Captur dan Renault Koleos.
Renault Subscription menawarkan dua pelan pilihan - Fixed (tetap) dan Switch (tukar). Pelanggan yang memilih Fixed Plan boleh menikmati Captur pada bayaran serendah RM1,299 sebulan dan RM2,299 untuk Koleos.
Pelanggan juga boleh memilih untuk mengambil Switch Plan yang sangat fleksibel. Pertama di Malaysia, Renault Subscription Switch Plan memberi kebebasan penuh tanpa sebarang ikatan serta lebih nilai tambah yang pengguna mahukan.
- Tiada terma tetap yang mahal dan bersifat jangka panjang
- Kadar yang sangat kompetitif dan fleksibel menggalakkan pelanggan untuk mencuba model-model Renault yang berbeza
- Kebebasan menukar model-model berbeza Renault untuk tempoh yang dimahukan oleh pelanggan, tanpa sebarang ikatan atau penalti (menerusi Switch Plan)
- Kos menyeluruh dan ketenangan minda kerana cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan berkala sudahpun dimasukkan ke dalam pakej. Pelanggan Switch Plan juga dilindungi dari segi kerosakan biasa komponen dengan jarak perbatuan tanpa had. Sementara had perbatuan tahunan sejauh 20,000km pula dikenakan ke atas pelanggan yang memilih Fixed Plan
- Penjimatan tambahan dengan sifar bayaran muka dan tiada kadar faedah yang biasanya ada pada pembiayaan bank
Bergantung kepada pelan yang dipilih, pelanggan perlu membayar wang cagaran sebanyak RM2,500 atau RM3,500 yang akan dipulangkan semula.
Untuk tempoh terhad, pelanggan yang melanggan akan menerima langganan percuma selama sebulan bagi pelan Fixed selama dua tahun.
Jadual di bawah memperincikan dua pelan yang ditawarkan oleh ‘Renault Subscription’ – Fixed dan Switch: