Tempatan
Rimac Pemegang Saham Terbesar Dalam Bugatti, Bakal Lancar Hypercar Elektrik
Pengeluar supercar elektrik Croatia, Rimac kini pemegang saham terbesar dalam Bugatti dalam perjanjian yang dilaporkan semalam.
Selain Rimac, Volkswagen Group dari Jerman, termasuk bahagian Porsche turut memiliki saham majoriti di Bugatti yang kini syarikat baharu itu dipanggil Bugatti-Rimac.
Menurusi perjanjian itu, dikatakan Porsche akan memiliki 45 peratus Bugatti-Rimac sementara Rimac Automobili akan memegang baki 55 peratus berdasarkan menurut laporan media Croatia.
Gabungan itu nampaknya mereka akan membina hypercar elektrik pada masa akan datang yang mana kedua-dua pihak mempunyai kelebihan tersendiri.
Buat masa ini, Bugatti akan terus dipasang di timur Perancis, di mana syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1909.
Kenderaan terbabit bakal menggunakan rangkaian kuasa dibangunkan dan dibuat di Croatia. Ini boleh dikatakan, dua negara sedang mencipta sebuah hypercar elektrik masa depan.
Kenderaan pertama yang dirancang selepas perikatan itu adalah Bugatti dengan enjin lapan silinder yang menyalurkan 1,500hp dikenali Chiron dan sebuah hypercar elektrik dipanggil Rimac Nevera. Menurut syarikat itu mempunyai sekitar 1,900hp dengan kelajuan maksimum 402km/j.