Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Roda Panas - AC Mizal 'Belanja' Porsche 996 911 4S Miliknya Di Astro Naura Malam Esok

Erywan 11/04/2021 | 03:39 MYT

Pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawan, Datuk AC Mizal tampil dalam siri program televisyen, Roda Panas di Astro Naura Saluran 109 pada 12 April ini, jam 9.30 malam.

Roda Panas adalah sebuah program automotif yang menampilkan selebriti tempatan bersama kenderaan kesayangan mereka.
Dalam episod pertama Roda Panas, AC Mizal ‘belanja’ anda kenderaan miliknya iaitu Porsche 996 911 4S yang dibaluti pelekat camouflage.
Jentera yang sudah dimilikinya lebih 10 tahun itu sudah pun menerima sedikit penambahan kosmetik pada bahagian luaran untuk membuatkannya tampak sporty.
Apa yang menariknya, dalam episod berkenaan AC Mizal turut memaklumkan berapa kelajuan maksimum yang pernah beliau pandu dengan kenderaan berkenaan. Nak tahu berapa kelajuan itu, jangan lepaskan peluang menonton Roda Panas nanti.
Pada masa sama, hos Roda Panas, Remy Ishak turut diberi peluang memandu jentera itu di Litar Antarabangsa Sepang dan memberi pandangan berhubung kereta ikonik sport berkenaan.
Roda Panas yang mempunyai 10 episod itu turut tampil beberapa selebriti lain membabitkan Wak Doyok, Datuk Awie, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy dan Datuk Rosyam Nor.
Roda Panas yang disiarkan pada setiap minggu bermula Isnin ini (12 April 2021) pada jam 9.30 malam di Astro Naura Saluran 109. Jangan lupa tonton program ini!

;