Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Roda Panas: Bukan Murah Untuk Kos Modifikasi Toyota Vellfire

Erywan 06/06/2021 | 02:34 MYT

Roda Panas pada minggu ini menampilkan dua kenderaan buatan Jepun iaitu satu daripada segmen sedan berprestasi, Mitsubishi Lancer Evolution VIII (Evo VIII) dan satu lagi kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire.

Apa yang menariknya, Toyota Vellfire berwarna hitam itu menggunakan kit badan Modellista untuk membuatkan kenderaan segmen keluarga terbabit tampak lebih ranggi serta garang. Untuk membuatkan sport, ia dipadankan suspensi udara yang mana ketinggian kenderaan boleh diubah dengan menggunakan butang kawalan, selain dipadankan rim Maverick.
Bagi peminat kenderaan JDM, anda juga boleh menonton Evo VII yang pastinya sudah pun diubah suai. Namun untuk mengetahui apa yang dimodifikasi, anda perlu tonton Roda Panas pada malam esok (7 Jun 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam.
Program itu juga boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Roda Panas adalah rancangan automotif yang mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.
Program itu dikemudikan pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan “Hero Pujaan Malaya”, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.

#Panas #Roda
;