Tempatan
Roda Panas: Padu! Volkswagen Golf R32 Milik Pekin Ibrahim
Erywan
09/05/2021
|
03:41 MYT
Apa yang lihat, ini bukannya Volkswagen Golf biasa. Ia adalah jentera generasi kelima Volkswagen Golf R32 milik pelakon Pekin Ibrahim. Difahamkan, ia juga sangat terhad kerana tidak lebih 10 buah sahaja di Malaysia.
Bukan itu sahaja, bunyi deruman enjin sahaja sudah garang, apatah lagi dengan prestasi kereta itu. Dalam proses modifikasi, Pekin sangat peka dengan ubah suai sistem dan enjin. Ini kerana, beliau merasakan untuk modifikasi sesebuah kenderaan perlu ada pengetahuan supaya tidak diubah melebihi kemampuannya.
Apa yang dilakukan Pekin terhadap jentera hatchback daripada Jerman itu, saksikan di
Roda Panas pada malam esok (10 Mei 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Buat mereka yang tidak tahu apa itu Roda Panas, ia adalah rancangan automotif yang mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.
Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
Program itu dikemudikan pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan “Hero Pujaan Malaya”, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.