Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Roda Panas: Tukar Spoiler Lamborghini Huracan Ini Dah Cecah RM20,000!

Erywan 23/05/2021 | 04:28 MYT

Episod Roda Panas pada minggu ini, menampilkan seorang pengasas kosmetik, Tinie Sulaiman yang memiliki dua jentera menarik membabitkan Lamborghini Huracan dan Nissan GT-R R35.

Beliau memiliki dua jentera yang cukup diminati mana-mana peminat kereta luar negara atau tempatan lebih-lebih lagi buat kaki JDM terutama Nissan GT-R itu. Nissan GT-R yang mempunyai 545hp itu dicat dengan warna ungu dan cukup menyerlah.
Bagi model supercar pula, Lamborghini Huracan yang bernilai RM1.6 juta itu memiliki enjin 5.2 liter yang menyalurkan 610hp. Apa yang menariknya, spoiler digunakan itu diperbuat daripada gentian karbon dengan bernilai RM20,000.
Apa lagi yang diubah suai terhadap kedua-dua jentera itu, anda perlu saksikan di Roda Panas pada malam esok (24 Mei 2021) secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) pada jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Buat mereka yang tidak tahu apa itu Roda Panas, ia adalah rancangan automotif yang mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.
Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
Program itu dikemudikan pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan “Hero Pujaan Malaya”, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.

#Lamborghini
;