Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Rolls-Royce Jemput Kanak-Kanak Sahut Cabaran Pertandingan Pereka Muda, Menang Hadiah Istimewa

Erywan 18/05/2020 | 08:34 MYT

Berikutan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada kanak-kanak dan belia di seluruh dunia, Rolls-Royce Motors Cars memutuskan untuk melanjutkan tarikh penyertaan untuk dua minggu lagi sehingga 1 Jun 2020.

Pertandingan itu bermula April lalu untuk memberi peluang kepada ‘pereka muda’ yang mahu menyahut cabaran dengan mereka bentuk Rolls-Royce masa depan.
Kini sudah menerima lebih daripada 2,000 penyertaan dari lebih daripada 70 negara di seluruh dunia, dilancarkan semasa penularan wabak coronavirus sedunia demi mengalih perhatian ibu bapa dan anak kepada aktiviti berfaedah.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah semakin reda di sesetengah negara, ramai anak masih tidak dapat bersekolah. Aktiviti normal dan interaksi masih tergendendala buat beberapa minggu yang akan datang.
Pemenang keseluruhan akan dinilai dan dipilih oleh team pereka dari Rolls-Royce Motor Cars. Ini adalah satu-satunya peluang untuk membawa pulang sebuah hadiah istimewa yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah Hadiah Ilustrasi Digital.
Pemenang akan menerima lukisan Rolls-Royce mereka dalam format digital. Naib juara akan menerima sijil yang amat berharga dengan tanda tangan Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars.
Penyertaan-penyertaan cemerlang dari Asia Pasifik yang terpilih berpeluang memenangi jemputan khas untuk menaiki Rolls-Royce ke sekolah. Tempat dan lokasi pemenang bergantung kepada Terma dan Syarat yang tertera di laman sesawang.
Ketua Jabatan Bespoke Design, Gavin Hartley berkata, Rolls-Royce Motor Cars bersama-sama pasukannya akan menilai dan memilih pemenang untuk Young Designer Competition.
“Kami amat gembira melihat daya cipta, visi dan ketelitian dalam rekaan kanak-kanak dan belia.
“Idea-ideanya sangat luar biasa dan memerangsangkan, ia memberi inspirasi kepada kami untuk melihat dari sudut yang berlainan serta mencabar rekaan ke segala yang berkecepaian,” katanya.
Mereka yang berminat, boleh menghantar rekaan masing-masing ke https://rolls-royceyoungdesignercompetition.com/

;