Tempatan

Selepas ‘Diperam’ Beberapa Tahun, Akhirnya Lima Bentley Mulsanne Grand Limousines Buka Untuk Dijual

Erywan
03/08/2021
03:53 MYT
Sponsor Banner
Selepas ‘Diperam’ Beberapa Tahun, Akhirnya Lima Bentley Mulsanne Grand Limousines Buka Untuk Dijual
Kalau sebut Bentley, semua tahu bahawa syarikat automotif British itu menghasilkan kenderaan mewah untuk pelanggannya.
Namun ada lagi kenderaan yang lebih mewah pernah dihasilkan oleh syarikat berkenaan iaitu Bentley Mulsanne Grand Limousines. Kenderaan itu yang dihasilkan dengan buatan tangan itu dan mula diperkenalkan pada 2015 sebelum didedahkan kepada orang awam setahun kemudian di Pameran Auto Geneva.
Bentley Mulsanne Grand Limousines yang anda lihat ini, ia dibina sebanyak lima unit selepas mendapat tempahan dan semua jentera itu dihantar ke Emiriyah Arab Bersatu.
Selepas beberapa tahun berada di sana, jentera itu sehingga kini ia masih lagi tidak digunakan dan belum pernah didaftarkan. Buat masa ini, tiada harga didedahkan untuk Bentley Mulsanne Grand Limousines, tetapi ia tidak murah.
Berdasarkan spesifikasinya, ia lebih panjang sehingga tiga kaki berbanding Mulsanne standard dan ketinggiannya ditambah kepada tiga inci. Ini untuk menambahkan ruang yang luas bagi penumpang, selain turut mempunyai penghadang cermin privasi.
Bagi menambahkan lagi kemewahannya, ia turut dilengkapi dengan penyimpan botol dan kabinet untuk menyimpan minuman dalam tin serta meja boleh laras.
Luarannya pula, ia dilengkapi set roda 21 inci dan didatangkan warna campuran gabungan berbeza seperti jentera paparan ini.
Empat lagi model hadir dengan warna Damson/Black Crystal; Onyx/Candy Red; Rubino Red/Light Gazelle dan Black Sapphire.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar