Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Shell Helix Tawar Minyak Pelincir Baharu Power dan Protect, Sesuai Gaya Pemanduan Anda

Erywan 17/07/2020 | 05:13 MYT

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan dua minyak enjin Shell Helix baharu untuk memudahkan pengguna memilih pelincir yang tepat mengikut gaya pemanduan dan keperluan mereka.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan berbeza sama ada di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa serta daya pecutan lebih tinggi; atau lalu lintas terhenti-henti di bandar dengan menyebabkan tekanan tinggi pada enjin dan perlindungan lebih diperlukan.
Kedua-dua minyak baharu ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia dan sesuai dengan spesifikasi minyak 0W, 5W ataupun 10W.
Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, dengan Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu, matlamat kami ialah untuk memberi pilihan mengikut keperluan kepada pemilik kereta.
“Sebagaimana yang tertera di label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa, manakala produk yang satu lagi pula menawarkan lebih perlindungan.
“Jadi pengguna boleh memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan mereka,” katanya.
Shell Helix Power menggunakan rumusan khas berfokus kepada prestasi yang memaksimumkan kuasa enjin dan memberikan pecutan lebih pantas untuk pemanduan. Harga runcit bagi pek 4 liter ialah RM280.
Bagi Shell Helix Protect pula, ia memfokuskan kepada perlindungan pula mampu membersihkan komponen dan memanjangkan hayat enjin kereta yang kerap mengalami keadaan trafik sesak di bandar. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter produk ini ialah RM240.
Oleh kerana kedua-dua produk ini adalah minyak enjin sintetik sepenuhnya yang berkelikatan rendah, alirannya adalah lebih pantas untuk menyaluti dan melindungi komponen penting semasa enjin dihidupkan.
Ini dapat mengurangkan kehausan enjin yang disebabkan oleh permulaan sejuk, mengurangkan penggunaan bahan api, mengurangkan kadar pelepasan karbon dan kos penyenggaraan juga akan lebih rendah.
Sementara itu, Shell Malaysia mengadakan promosi menarik sempena pelancaran produk itu. Pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect dari mana-mana bengkel yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima hadiah percuma sebuah replika kereta lumba Scuderia Ferrari, sementara stok masih ada.

#Shell
;