Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Shell kembali dengan koleksi lapan model skala Ferrari

Erywan 11/07/2019 | 07:53 MYT

Shell Malaysia kembali koleksi Ferrari dengan memaparkan lapan model skala yang kini boleh didapati secara eksklusif di stesen Shell seluruh negara.

Koleksi itu akan menampilkan lapan model yang berbeza dengan mewakili satu model bagi setiap dekad dalam sejarah Ferrari.
Ia boleh didapati bermula 1 Julai sehingga 8 September ini dengan minggu pertama ditawarkan dengan model skala Ferrari 488 Spider dan Ferrari Daytona.
Dua model lain kemudiannya akan dikeluarkan setiap dua minggu membabitkan Ferrari Testa Rossa, Ferrari 430 Scuderia, Ferrari 250 GTO, Ferrari 288 GTO, Ferrari F50 dan jentera Formula Satu, Ferrari SF71H.
Untuk memilikinya, ia dijual pada harga RM15.90 dengan pembelian bahan api minimum sebanyak RM30 dalam satu resit di mana-mana stesen Shell.
Melengkapkan koleksi itu, Shell Malaysia turut melancarkan trak merah Ferrari yang boleh didapati secara percuma dengan pembelian Shell Helix Ultra 4 liter atau boleh terus membelinya dengan harga RM99.90.
Sementara itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pelanggan adalah penting dalam perniagaannya dan pihaknya sentiasa mencari jalan untuk membuatkan perjalanan hidup mereka lebih baik.
“Lapan model skala Ferrari edisi terhad ini, adalah cara untuk mengenal pelanggan kami yang ghairah untuk mengumpul dan bermain permainan itu.
“Kami mahu pelanggan rasa gembira selepas meninggal stesen Shell dengan memberi lebih peluang pengalaman bersama keluarga serta rakan,” katanya.

#Shell #Ferrari
;