Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Subaru Levorg Tambah Beg Udara Untuk Pejalan Kaki

Erywan 21/07/2021 | 02:23 MYT

Bagi melindungi pejalan kaki, Subaru Jepun baru-baru ini memperkenalkan ciri keselamatan baharu menerusi beg udara luaran antara cermin dengan bonet depan pada model generasi kedua Levorg.

Apabila berlaku berlakunya perlanggaran dengan pejalan kaki atau penunggang basikal, sensor akan berfungsi dengan mengaktifkan beg udara yang terletak di tiang A.
Tugas beg udara itu adalah untuk mengurangkan kecederaan akibat perlanggaran yang dialami oleh pejalan kaki atau penunggang basikal.
Namun, Subaru mengatakan bahawa beg udara ini mungkin tidak akan berfungsi jika perlanggarannya lemah kerana ia juga bergantung pada kelajuan kereta. Malangnya, Subaru belum mengumumkan secara terperinci mengenai ciri baru itu.
Sebelum Subaru Levorg, ternyata ciri serupa juga sudah digunakan di beberapa kereta dan satu daripadanya adalah Volvo V40 2021.
Untuk makluman, Subaru Levorg dikuasakan oleh enjin boxer 4 silinder 1.8 liter yang menghasilkan kuasa maksimum 174hp dengan tork setinggi 300Nm. Pada Disember tahun lalu, Levorg juga memenangi Japan Car of the Year 2020-2021.

#Subaru
;