Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Subaru WRX 2022 Sah Lancar 19 Ogos, Ini Maklumat Yang Kami Tahu Setakat Ini

Erywan 28/07/2021 | 07:53 MYT

Subaru mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model baharu WRX di Pameran Auto Antarabangsa New York pada 19 Ogos ini.

Namun sebelum majlis pelancaran itu, Subaru mengeluarkan video ‘teaser’ model sedan yang popular bagi jenama berkenaan.
Berdasarkan video itu, boleh kita lihat sedikit susuk badan WRX yang berwarna oren itu dengan penggunaan ekzos berkembar, rim dan kelihatan sebahagian bentuknya. Anda boleh lihat video di bawah:
Namun tiada perincian yang didedahkan, tetapi jentera itu difahamkan menggunakan enjin versi turbocharged 2.4 liter. Ia dikatakan boleh menghasilkan 260hp dengan tork setinggi 376Nm.
Difahamkan juga ia menggunakan pacuan semua roda dengan menggunakan kotak gear manual 6-kelajuan manual atau transmisi CVT.
WRX baru itu berkemungkinan akan mendapat inspirasi reka bentuk dari Levorg terbaru dari Jepun. Reka bentuk Levorg diambil dari konsep Viziv Performance. Nantikan maklumat terbaru dari kami nanti!

;