Antarabangsa

Suzuki Swace Versi Toyota Corolla Wagon Bakal Lancar Di Eropah

Erywan
02/10/2020
09:43 MYT
Sponsor Banner
Suzuki Swace Versi Toyota Corolla Wagon Bakal Lancar Di Eropah
Suzuki sedang bersiap sedia untuk melancarkan model wagon baharu dipanggil Swace ke pasaran pasaran Eropah.
Swace sebenarnya sebuah model Toyota Corolla versi wagon yang sudah ditukar lencana asal. Ini adalah produk kedua Toyota yang dijenamakan semula sebagai model Suzuki untuk pasaran Eropah.
Model pertama ialah Suzuki Across yang diperkenalkan pada Julai tahun ini. Sebenarnya, Suzuki dan Toyota ada menandatangani perjanjian usaha sama perniagaan pada tahun lalu.
Secara kasar, kedua-dua model itu mempunyai persamaan hampir 99 peratus di Eropah. Perbezaan yang dikesan cuma membabitkan bahagian depan iaitu gril lebih nipis dan set bampar rekaan baharu.
Suzuki Swace akan ditawarkan dalam tujuh pilihan warna badan antaranya termasuk White Pearl, Crystal Shine, Super White dan Precious Silver. Wagon ini mempunyai saiz keluasan kargo 596 liter tanpa perlu menurunkan mana-mana kerusi dalam kabin.
Jika mahu menambah saiz simpanan barang, pemilik boleh melipat kerusi barisan belakang. Wagon ini cuma ada dua susunan barisan kerusi. Swace menggunakan enjin sama seperti Toyota Corolla iaitu jenis petrol 1.8 liter dengan bantuan seunit motor elektrik atau dalam pemahaman lebih mudah, ini sebuah wagon hibrid.
Enjin kereta wagon ini menawarkan daya pecutan ke 100 kilometer sejam dalam masa 11.1 saat. Jualan Suzuki Swace di Eropah akan bermula pada musim sejuk ini. Perincian lanjut mengenai enjin dan harga belum didedahkan setakat ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar