Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Suzuki Swift Sport Lancar Secara Rasmi di Malaysia - Enjin 1.4 Turbo, 140hp, 230Nm, RM139,900

Erywan 09/04/2021 | 11:21 MYT

Pemegang kenderaan jenama Suzuki yang terkini di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd secara rasmi melancarkan model pertamanya, Suzuki Swift Sport ke pasaran tempatan.

Buat masa ini, pengedar rasmi jenama itu di Malaysia hanya menawarkan satu model sahaja menerusi Suzuki Swift Sport generasi ketiga. Ia mula dilancarkan pasaran global tahun 2017, ia sebuah jentera versi prestasi tinggi berbanding Swift standard.
Hatchback segmen B itu dibina di atas platform baharu Suzuki HEARTEC yang menjanjikan kualiti pengendalian mantap. Jentera kompak berprestasi itu dikuasakan enjin turbo Boosterjet empat silinder bersesaran 1.4 liter. Ia mampu menjana 140hp dan tork 230Nm, kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.

Apa yang menariknya, ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa lapan saat dengan kelajuan maksimum mencecah 205km/j. Beratnya juga agak ringan dengan mencatatkan 970kg sahaja.
Dari segi penampilan, Suzuki Swift Sport menerima gril baharu honeycomb berwarna hitam yang diapit sepasang lampu projektor LED. Ia juga diceriakan dengan kemasan gentian karbon pada bahagian bawah spoiler bawah, sisi dan belakang. Di belakang pula tampil ringkas dengan kombinasi lampu LED dan sepasang ekzos berkembar.

Menjengah ke dalam ruang kabin, gaya sporty boleh dilihat dengan kemasan jahitan benang merah pada stereng, tempat duduk dan perumah tuil gear. Warna merah turut digunakan pada papan pemuka, panel pintu dan latar panel meter rpm.

Pemandu juga pasti berpuas hati dengan tempat duduk semi-bucket, stereng dan pedal yang sporty. Selain konsol tengah dilengkapi skrin paparan berwarna bersaiz 7 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay.

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Suzuki Swift Sport dilengkapi beg udara, brek ABS dengan Emergency Brake Assist (EBA), EBD, Electronic Stability Control (ESC), Hill Hold Assist (HLA), pelumpuh enjin dan banyak lagi.

Model yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini didatangkan dalam empat warna menarik iaitu kuning, putih, biru dan merah. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki jentera kompak berprestasi itu, anda boleh berkunjung ke Pusat 3S Suzuki di Naza Automall, Petaling Jaya, Selangor.

Harga Suzuki Swift Sport:

Spesifikasi

#Suzuki
;