Tempatan
Tawaran Menarik MINI Countryman SE Termasuk Kadar Faedah Serendah 0% Dan Banyak Lagi
MINI, jenama automotif premium kompak menawarkan program baharu untuk MINI Countryman SE, termasuk model-model MINI yang lain ekoran perlanjutan dalam tempoh pengecualian SST.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, tahun 2021 memberi peluang baharu, dan pihaknya berbesar hati untuk meletakkan MINI Countryman SE sebagai peneraju program yang terkini.
“Tahun 2021 sudah tiba, dan program MINI Countryman SE membuktikan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan pemupukan mobiliti elektro di Malaysia – lebih-lebih lagi semasa polisi pengecualian SST masih terpakai.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/program-mini-malaysia-countryman-se-03.jpg)
Program itu melayakkan semua pemilik baharu MINI Countryman SE untuk menikmati kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing), pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,678, dan Waranti Bateri Voltan Tinggi Bertempoh 8 Tahun.
Pemilik MINI Countryman SE baharu yang membeli Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) yang bertempoh 4 tahun juga layak menerima tawaran lanjutan tempoh selama setahun bagi program terbabit.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/program-mini-malaysia-countryman-se-01.jpg)
MINI Countryman SE menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI, di samping mod eDrive yang membolehkan pemandu membuat pilihan antara mod pemanduan elektrik, enjin pembakaran atau hibrid demi pemanduan yang lebih efisien.
Ciri-ciri lain turut ditawarkan melalui Servis Jarak Jauh MINI (MINI Remote Services); membolehkan pengguna memantau status kenderaan sebelum memulakan perjalanan menggunakan sambungan telefon pintar, di mana-mana jua dan pada bila-bila masa.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/program-mini-malaysia-countryman-se-04.jpg)
Must-Watch Video