Antarabangsa

Tiger 900 tawar 6 varian, harga bermula RM63,900

Erywan
06/03/2020
10:02 MYT
Sponsor Banner
Tiger 900 tawar 6 varian, harga bermula RM63,900
Selain model Rocket 3, Triumph Motorcycles Malaysia memperkenalkan barisan terbaru motosikal adventure menerusi Tiger 900 yang mempunyai 6 varian.
Ia membabitkan Tiger 900, Tiger 900 GT, Tiger 900 GT LRH (Low ride height), Tiger 900 GT Pro, Tiger 900 Rally dan Tiger 900 Rally Pro. Model baharu Tiger 900 itu menerima pembaharuan dengan penggunaan kerangka keluli trellis adventure-centric untuk memberi responsif lebih baik bagi enjin tiga silinder bersesaran 900cc.
Enjinnya memenuhi piawaian Euro 5 yang mana ia juga menyalurkan tork puncak lebih 10 peratus berbanding Tiger 800. Ia kini menyalurkan 87Nm pada 7,250rpm. Kuasa maksimumnya juga lebih 9 peratus yang kini mencatatkan 95PS pada 8,750rpm dan ia juga mampu ditunggang jarak jauh selepas dilengkapi tangki bahan api mencecah 20 liter. Tiger 900 juga hadir dengan instrumen TFT tujuh inci yang intregrasi sistem sambungan My Triumph, Cornering ABS dan Triumph Shift Assist. Ia juga dilengkapi lampu utama LED dengan lampu siang serta tempat penyimpan telefon bimbit yang mempunyai soket USB. Malah, ia juga hadir dengan dua sistem radiator untuk memberi penyejuk optimum.
Lima daripada varian Tiger 900 itu dilengkapi dengan suspensi Showa untuk memberi kawalan tunggangan lebih baik, manakala sistem brek diperkuatkan menerusi jenama Brembo Stylema. Bagi varianl tertinggi iaitu Tiger 900 Rally Pro, ia dilengkapi dengan enam mod tunggangan membabitkan Rain, Road, Sport, Off-Road, Rider-configurable dan Off-Road Pro. Varian GT Pro pula, ia didatangkan suspensi belakang boleh laras elektronik yang boleh ditukar pada paparan menu instrumen TFT. Jadi penunggang boleh mengubahnya tahap kawalan hentakan sama ada lembut atau keras.
Sehingga kini, sudah 20 unit Tiger 900 ditempah dan ia nampaknya mempunyai peminatnya tersendiri.
Harga mengikut varian Tiger 900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans:
  • Tiger 900 - RM63,900
  • Tiger 900 GT - RM74,900
  • Tiger 900 GT LRH (Low ride height) - RM74,900
  • Tiger 900 GT Pro - RM82,900
  • Tiger 900 Rally - RM78,900
  • Tiger 900 Rally Pro - RM85,900
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar