Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Tips Jaga Pengelap Cermin Supaya Tahan Lama

Erywan 02/06/2021 | 05:25 MYT

Selepas kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula semalam, sudah pasti ramai di antara kita yang mula bekerja di rumah.

Sudah pasti juga, kenderaan anda kurang bergerak dan dibiarkan parkir di bawah garaj atau tempat letak kereta yang disediakan. Bagi kenderaan yang diparkir di tempat terbuka, ini ada tips bagaimana untuk menjaga pengelap cermin supaya tahan lebih lama.
Ia adalah satu komponen penting bagi kenderaan empat roda ketika musim hujan. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, kadar penglihatan kurang jelas dan mungkin membahayakan anda dan pengguna lalu lintas yang lain.
Ini tips ringkas untuk menjaga pengelap cermin supaya tahan lebih lama.

1. Bersihkan bilah pengelap dua kali seminggu

Bersihkan bilah pengelap dua kali seminggu dengan syampu kereta untuk menghilangkan habuk dan zarah kotoran yang melekat pada bilah pengelap. Dengan cara itu, pengelap masih dapat menyapu air secara optimum

2. Jangan gunakan cecair serbaguna atau pengilap tayar
Jangan sekali-kali menggunakan cecair serbaguna atau pengilap tayar untuk memastikan getah tetap lembap. Malah, cecair itu akan mengurangkan prestasi pengelap getah apabila diaktifkan.

3. Jangan mengangkat bilah pengelap ketika meletak kenderaan

Ini berikutan untuk mengekalkan kelenturan pengelap getah dan kebanyakkan bilah pengelap getah sebenarnya sudah dihasilkan untuk tahan terhadap haba dari cermin depan kereta.

Anda juga tidak perlu mengangkat bilah pengelap ketika meletak kenderaan kerana ia akan melemahkan tekanan terhadap bilah pengelap.

Sekiranya anda masih tidak mahu mengangkat bilah pengelap itu, gunakan batang sokongan yang ada dijual di kedai aksesori supaya pengelap getah tidak melekat pada kaca.

;