Antarabangsa
Todak Motorsports Menyemarakkan Arena Sukan Negara
Penjenamaan semula Todak Racing kepada Todak Motorsports, membawa misi yang lebih besar dan kemasan perancangan lebih agresif bagi tahun 2020.
Hala tuju kelab komuniti ini dibangunkan sebagai satu dukungan dan inisiatif menyemarakkan arena sukan negara.
Presiden Todak Motorsports, Mohamed Hafiz, berkata, dengan kejayaan demi kejayaan di dalam perlumbaan yang disertainya pada musim lalu memberikan keyakinan bahawa pihaknya sudah sedia bergerak dalam skala yang lebih besar di bawah jenama berkenaan.
Menurutnya, tidak seperti Todak Racing yang sebelum ini menumpukan perlumbaan sahaja, peranan Todak Motorsports untuk membabitkan kepelbagaian sukan permotoran dibawah satu entiti.
“Penubuhan Todak Motorsports ini membolehkan acara seperti drift, drag, gymkana, konvoi dan banyak lagi acara sukan bermotor untuk duduk dibawah label Todak itu sendiri.
“Antara perancangan bagi tahun 2020 adalah, Trackday Sepang dilanggar Todak (3x), Mega Gathering Meet Uo and Fun Drive, Advance driving session with Admi and Mycil, Program CSR, Drag Terpadu 2020, Malaysia Speed Festival Racing Super 1500N, MSF Touge dan MCS SP2,”katanya.
Mohamed Hafiz menambah, sokongan daripada pemain industri permotoran amat penting dalam merealisasikan impian Todak Motorsports, sebuah kelab komuniti lokal yang serius untuk melihat pasukan pelumba tempatan menakluki pentas antarabangsa.
“Kami di Todak Motorsport berharap agar dapat bekerjasama dengan pihak yang berminat untuk berkolaborasi sekaligus membawa misi yang sama yakni menaikkan sukan permotoran Negara,” katanya