Antarabangsa
Toyota 86 Ditamatkan, Adakah Ini Versi Model Baharu
Seperti mana kita tahu Toyota 86 berasaskan model Subaru BRZ. Terkini muncul lakaran bayangan hasil Mr.M yang pernah membuat lakaran GR Harrier sebelum ini.
Melihat kepada model bayangan itu Toyota 86 baharu memiliki fascia depan besar yang dipadankan dengan gril mesh empat segi. Lampu depan jenis projektor monokular LED dilengkapi ciri lampu nyala siang LED berbentuk U mengikuti model BRZ terkini.
Bentuk badan dengan garisan maskular menyerlahkan imej badan kereta sport yang kemudian dipadankan dengan rim aluminium hitam mirip GR Yaris.
Tidak ketinggalan kaliper brek merah bersaiz besar melengkapkan imej 86. Mr.M turut menyediakan lakaran bayangan 86 menerusi pilihan warna badan merah, biru, putih, hitam, kuning, jingga dan kelabu bagi menyerlahkan keperibadian pemilik.
Turut tersedia versi render GR86 dengan varian prestasi tinggi yang mana bentuk coupe yang agresif seolah-olah seperti imej Lexus LFA.
Janakuasa yang bakal digunakan pada 86 dan Subaru BRZ baharu adalah 2.4L FA24 yang turut digunakan pada Legacy/Ascent.
Ini dapat disahkan menerusi intercooler dalam pembangunan kenderaan BRZ sebelum ini dan mungkin juga akan menggunakan turbocas 4-silinder yang menghasilkan kuasa 260hp.
Di samping itu, apa yang membimbangkan adalah situasi penjualan Toyota 86. Difahamkan pesanan 86 dihentikan pada Ogos 2020 termasuklah gred berprestasi tinggi GR86.
Maksudnya penjualan Toyota 86 akan dihentikan sama seperti Subaru BRZ yang ditamatkan pada 20 Julai, namun maklumat roadmap produk Subaru yang bocor menyatakan model 86/BRZ baharu akan dijual selepas 2021.