Antarabangsa

Toyota New Zealand Tawar Hilux Mako Edisi Terhad - Garang Dah Ni!

Erywan
09/10/2020
04:40 MYT
Sponsor Banner
Toyota New Zealand Tawar Hilux Mako Edisi Terhad - Garang Dah Ni!
Peminat Toyota Hilux pastinya gembira dengan pengenalan pakej baharu Mako yang dikatakan mampu membantu model itu cuba bersaing dengan Ford Ranger Raptor.
Cumanya, bilangan model ini akan dihasilkan sebanyak 250 unit dan ditawarkan khas untuk pasaran New Zealand. Pakej baharu itu ditawarkan oleh unit dari Toyota New Zealand dan trak pikap edisi terhad ini akan dibina di kilang pengeluar sama.
Pakej Mako mendapat namanya daripada sejenis jerung iaitu shortfin mako yang merupakan jerung pemburu terpantas di laut terbuka. Pembeli kenderaan beserta pakej ini akan menerima naik taraf fungsi kenderaan selain aspek kosmetik lebih garang.
Sistem suspensi baharu membantu meninggikan pikap ini sebanyak 40 millimeter (mm) pada bahagian depan dan 50mm di belakang. Bahagian belakang juga ada damper untuk membantu trak ini menerjah permukaan off-road lebih baik. Ruang kabin pula nampaknya ada lencana Mako disulam pada bahagian tempat duduk yang dibalut menggunakan material kulit.
Prestasi enjin Hilux tidak berubah dengan pakej Mako. Trak pikap istimewa ini akan dijana oleh enjin 2.8 liter turbo-diesel yang mampu mengekstrak kuasa 201hp dengan tarikan tork sekuat 500Nm.
Sebagai perbandingan, Ford Ranger Raptor menggunakan enjin 2.0 liter turbo-diesel yang engine boleh jana kuasa 213hp dengan kuasa tork sama seperti Toyota Hilux Mako.
Trak Mako menerima kabel brek baharu untuk meningkatkan daya ketahanannya. Reka bentuk luaran pula menyaksikan pemasangan bar lampu LED, tambahan fender yang lebih bergaya, set bampar bercirikan bentuk agresif dan beberapa plet pelindung.
BACA >> Toyota Hilux 2020 Lebih Garang Dengan Enjin Dan Ciri Keselamatan Dinaik Taraf
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar