Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Toyota Supra Fast & Furious Bakal Dijual, Harga Pasti Keras!

Erywan 25/05/2021 | 07:59 MYT

Sekiranya anda melihat jentera ini, pastinya ramai yang boleh meneka ia adalah Toyota Supra dipandu oleh Paul Walker dalam filem Fast & Furious pertama.

Kini, Supra keluaran 1994 berwarna jingga terang itu yang pernah digunakan dalam filem berkenaan disenaraikan untuk dijual di Barrett-Jackson. Jentera yang membintangi filem turut dilengkapi dengan dokumentasi lengkap merangkumi sijil keaslian.
Bahagian luarnya dilengkapkan dengan cat mutiara Candy Orange dan menampilkan grafik "Nuklear Gladiator" ikonik di sisi. Ia juga dihiasi kit badan Bomex, bonet TRD, spoiler aluminium APR dan roda Dazz Motorsport Racing Hart M5 19 inci.
Bahagian dalamannya juga masih lagi cantik dan semuanya kelihatan dalam keadaan baik, selain itu beberapa meter tambahan turut kelihatan pada papan pemukanya.
Cuma jika memiliki jentera ini, prestasinya mungkin agak mengecewakan kerana ia masih lagi dalam keadaan standard. Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa enjin standard itu teruk kerana ia menggunakan rangkaian kuasa turbocharged 2JZ-GTE 3.0 liter sebaris-enam dengan dipadankan transmisi automatik.
Lelong berlangsung pada hujung minggu antara 17 sehingga 19 Jun ini. Belum ada harga anggaran mengenai kereta ini. Cuma apa yang boleh dikatakan ia tidak akan murah.

#Toyota
;