UMW Toyota Labur RM270 juta Perluaskan Operasi Dan Kemudahan Pengeluaran, Bakal Lancar HEV Untuk Pasaran Tempatan
Dengan sejarah 52 tahun pengeluaran kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan perancangan penting untuk masa depan industri automatif tempatan dengan menjadi pelopor bagi usaha neutraliti karbon dengan pengeluaran massa kenderaan hibrid elektrik (HEV).
Menurutnya, ia juga selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan sebuah negara progresif dengan mempromosi lebih banyak teknologi hijau dan alam sekitar yang mapan.
"Ini adalah waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia, dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian itu.
"Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota," katanya.
Pada April lalu, Toyota mengumumkan strategi kenderaan elektrik yang akan membawa kepada pengenalan 15 kenderaan bateri-elektrik (BEV) menjelang 2025, termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh fuel-cell hidrogen elektrik, bateri-elektrik dan hibrid elektrik, ke arah menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pelanggan.
Takeyama berkata, pihaknya bersedia dengan pengenalan barisan kenderaan HEV dan teknologi berkaitan; sokongan servis, prasarana semasa; dasar global dan domestik; tahap mampu milik dan keberkesanan kos; serta kesedaran serta permintaan pelanggan, terutamanya di Malaysia.
"HEV Toyota sedang berada di tahap paling maju ketika ini dan memperkenalkannya adalah penyelesaian paling realistik, segera, ekonomikal dan praktikal bagi pengeluaran pasaran dan jualan massa dari segi pengurangan pembebasan CO2, kemudahan penggunaan serta penerima harga oleh pelanggan," katanya.