Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Urus model Lamborghini pertama ditala oleh ABT Sportsline

Erywan 24/06/2019 | 06:58 MYT

Buat pertama kali pengeluar supercar daripada Itali, Lamborghini membenarkan penala jenama ABT untuk membangunkan enjin supaya lebih berkuasa.

Seperti yang anda tahu, ABT adalah pakar dalam menala kenderaan jenama Audi, Volkswagen, Skoda dan SEAT.

Bagaimanapun, kali ini ABT bertanggungjawab untuk membangunkan unit kawalan enjin baharu untuk Lamborghini Urus bagi meningkatkan kuasa output sehingga 700hp dengan tork setingga 910Nm. Unit kawalan enjin itu dibina khas untuk SUV berkenaan dan sudah menjalani ujian yang mencukupi.

Ini bermakna, SUV itu memberi kuasa pecutan yang lebih mantap dengan catatan masa untuk 0-100km/j kurang 3.4 saat. ​Urus yang ditala oleh ABT boleh memecut 305km/j.

Jika dibandingkan dengan enjin standard, rangkaian kuasa 4.0 liter turbo berkembar V8 itu hanya menghasilkan 641hp dengan tork hanya 850Nm.

Sebelum ini, jentera talaan ABT akan hadir dengan aksesori tambahan sama ada di luar atau di dalam.

Bagaimanapun, ABT lebih menumpukan talaan Uruz kepada bahagian enjin sahaja yang mana untuk menghasilkan prestasi lebih padu.

#Lamborghini #ABT #Urus
;