Tempatan

Video: Lori Sayur VS Pasir, Siapa Pemenangnya?

Erywan
16/06/2021
05:31 MYT
Sponsor Banner
Video: Lori Sayur VS Pasir, Siapa Pemenangnya?
Siapa kata lori bawa sayur dan pasir tidak boleh melakukan perlumbaan drag seperti jentera lain.
Satu video yang disiarkan di YouTube, terbukti satu video jentera itu boleh berlumba secara drag di Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini. Dalam video terbabit mendakwa bahawa perlumbaan seumpama itu adalah pertama kali diadakan di Indonesia.
Namun, lori bersaiz sederhana itu sudah pasti tidak beradu dengan ‘tangan kosong’. Pastinya ia sudah melakukan beberapa modifikasi sebelum berlumba.
Kalau dilihat secara luarannya, lori berkenaan sudah pun dihias dengan beberapa aksesori untuk tampak menarik, cuma bahagian enjin tidak umumkan secara jelas dalam video berkenaan.
Dalam perlumbaan itu, nampaknya lori jenama Mitsubishi Fuso Canter mendominasikan acara berkenaan. Sebagai makluman, lori berkenaan menggunakan enjin diesel yang menyalurkan 123hp dengan tork setinggi 323Nm.
Demi keselamatan pelumba diwajibkan menggunakan topi keledar, anda boleh menontonnya di video di bawah:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar