Tempatan

Yamaha Ego Solariz baharu kini tiba di pasaran

Erywan
16/12/2019
03:36 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Ego Solariz baharu kini tiba di pasaran
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran model skuter Ego Solariz berwajah baharu bersama empat opsyen warna menarik.
Skim warna itu iaitu emas, merah, biru dan cyan. Sebelum ini, Ego Solariz pernah dijual dalam pilihan warna perak, ungu dan magenta. Yamaha Ego Solariz adalah produk skuter paling kecil dalam segmen HLYM dan dicipta untuk pengguna urban.
Apa yang menarik ialah skuter yang didatangkan dalam pilihan warna dan grafik menarik itu tidak dikenakan kenaikan harga jualan asas. HLYM mengesyorkan skuter Yamaha Ego Solariz dijual pada harga jualan asas RM5,234, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran.
Berhubung aspek kuasanya, Yamaha Ego Solariz nampaknya masih menggunakan enjin silinder tunggal berkapasiti 125cc dengan transmisi automatik CVT. Padanan itu boleh menjana kuasa 7kW pada 8,000rpm dan kuasa tork 9.6Nm@5,500rpm. Ego Solariz menggunakan fork teleskopik di hadapan dan penyerap mono di belakang. Tangki minyaknya ialah sebesar 4.2 liter. Skuter ini mempunyai berat kasar 94 kilogram.
HLYM akan menawarkan skuter Yamaha Ego Solariz baharu itu pada minggu ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024