Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Yamaha Excite 2019 Edisi Istimewa - Pelekat corak bayangan bangunan

Erywan 05/08/2019 | 02:43 MYT

Yamaha Vietnam melancarkan model edisi istimewa Exciter 2019 baharu atau di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Y15ZR (YSuku).

Di sana, edisi istimewa itu hadir dengan dua warna iaitu biru (Dawn) dan kelabu (Dusk) yang hanya menampilkan pembaharuan dari kosmetik luaran sahaja.

Ia hadir dengan corak grafik pelekat baharu, jika dilihat secara dekat ia seolah-olah kelihatan bayang-bayang bangunan di sebuah kota.

Bagaimanapun, ia masih menggunakan ciri sama seperti Exciter 2019, selain memiliki Answer Back Key yang membolehkan pemiliknya mencari motosikal dalam lingkungan 20 meter.

Ia juga dipadankan lampu LED, sistem butang mematikan enjin, paparan instrumen digital dengan latar belakang lampu biru.

Prestasinya, Yamaha Exciter Limited Edition dijana dengan enjin empat injap SOHC bersesaran 150cc yang dipadankan transmisi lima kelajuan.

Enjin yang menggunakan sistem suntikan bahan api itu mampu menghasilkan output 15.4PS dengan tork mencecah 13.8Nm.

Di Vietnam, jentera edisi istimewa itu dijual pada harga VDN 47.99 juta (RM8,649) iaitu mahal VDN 1 juta (RM180) berbanding versi standard.

#Yamaha #Drebar #Exciter
;